Monday, July 12, 2010
RAWAT NAFSU AMARAH
Nafsu itu baik. Nafsu makan, nafsu syahwat itu baik, kerana setiap ciptaan Allah itu baik, cuma yang jadi tak baiknya kalau tidak dikawal dengan baik ia akan jadi celaka, bahkan mencelakakan.
Seperti anak kecil, jika di kendali dengan baik, ya.. ia akan jadi anak yang baik.
Seperti kereta, perlu kendalian yang baik, baru dapat dikawal dengan baik. Jika tidak, pasti membawa kecelakaan kepada diri bahkan mencelakakan orang lain.
Betapa ramai orang yang tidak mampu mengendali nafsu amarah, seperti seorang pekerja yang memarahi kawan-kawannya dan membawa pergaduhan mengakibatkan ia dipenjara.
Betapa ramai orang yang bertubuh besar dan kuat, berada di penjara, walaupun tubuhnya besar, kuat, namun ia itu tidak mampu mengawal marahnya.
Seorang ibu yang telah mengandungkan anaknya sehingga 9 bulan, dan melahirkan, apabila dia marah, siapa sangka kerana tidak dapat mengawal marahnya menyebabkan dia mencampak anaknya menyebabkan anaknya meninggal dan dia dipenjarakan.
Rasul pernah ditanya, "Siapakah yang paling kuat'. Rasul menjawab, "Yang paling kuat itu adalah yang mampu menahan rasa marahnya"
Ketika Nabi sedang duduk-duduk bersama seorang sahabat, ada seorang lelaki datang lalu memarahi sahabat itu, namun sahabat tersebut bersabar, maka Nabi tenang sahaja. Namun, apabila datang lagi seorang lelaki memarahinya, maka sahabat tersebut tidak dapat menahan marahnya, maka Nabi berlalu pergi. Sahabat kehairanan lalu bertanya, "Wahai Nabi, mengapa ketika saya berdiam diri, engkau tenang sahaja, sedang apabila aku marah, engkau berlalu pergi?". Nabi menjawab, " Ketika engkau berdiam diri kerana bersabar, aku melihat malaikat-malaikat mengelilingimu, lalu aku turut duduk bersamamu. Namun sebaik sahaja engkau marah, malaikat-malaikat pun pergi, lalu aku turut berlalu pergi "
Seorang ayah yang pemarah akan menyebabkan anak-anak tidak suka duduk di rumah,malah isterinya menjauhinya. Seorang isteri yang pemarah menyebabkan suaminya tidak suka pulang ke rumah, begitu juga anak-anaknya. Kerana orang yang marah itu dikuasai syaitan, maka orang tidak suka dan menjauhi orang yang dikelilingi syaitan.
Maka dengan sebab itu, nafsu perlu dikendalikan. Dan nafsu itu bermula dengan mata kerana setiap perkara itu ada permulaannya. Seperti sebuah jet, bermulanya ia bergerak dengan laju adalah dengan percikan api. Makanya, nafsu juga ada permulaanya, iaitu mata. Sebab itu dipanggil ghaddul basor (tundukkan pandangan). Mata tidak boleh dibiar meliar tanpa kawalan kerana jika tidak dikawal, ia mengerakkan syahwat.
Begitu juga telinga. Cuba sekali mendengar lagu seperti " Rindu.....". Wah, kepalanya pasti jadi pening. Maka, tukar lagu yang baik-baik seperti "Jagalah hati..jangan kau kotori". Begitu juga lisan (lidah). Seorang polis yang memanggil seorang pesalah dengan panggilan seperti " Hoi monyet!" Pasti ditumbuk kerana kesalahannya dalam berbicara.
Maka dengan itu, setiap anggota ini perlu kendalian yang baik supaya dengan mata ini, telinga ini juga lidah, bisa membawa kepada ingatan pada keagungan Tuhan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment