Menarik sekali jikalau kita terus menerus belajar tentang fenomena setiap apapun yang terjadi di dalam hiruk pikuk kehidupan ini. Tidak ada salahnya kalau kita buat satu target. Misalnya, hari ini kita belajar tentang wajah.wajah? ya wajah. kerana masalah wajah bukan hanya masalah bentuknya, tetapi pancaran yang yang tersembur dari si pemilik wajah tersebut.
Ketika pagi menyingsing, misalnya, tekatkan dalam diri, ''saya ingin tahu wajah yang paling mententeramkan hati itu seperti apa? wajah yang paling gelisah itu bagaimana?'' kerana pastilah hari ini kita akan banyak bertemu dengan banyak wajah, kerana setiap orang pasti mempunyai wajah, wajah isteri , wajah suami,anak, jiran-jiran, kawan-kawan sekerja, orang-orang disekeliling kita dan sebagainya, ketika kita berjumpa dengan sesiapapun hari ini, mari kita belajar ilmu tentang wajah.
Maha suci Allah yang Maha Mencipta makhluk-makhluknya, pastilah kita akan bertemu dengan beraneka macam bentuk wajah. Dan, tiap wajah ternyanta nampaknya berbeza-beza pada pandangan mata kita. Ada yang mententeramkan, ada yang menyejukkan, ada yang menggelikan, ada yang menggelisahkan, dan ada pula yang menakutkan, kenapa? apa yang menakutkan, adakah bentuk hidungnya? tentulah tidak, sebab ada yang hidungnya kemek tetapi pada pandangan ia mententeramkan, ada yang matanya sepet, tetapi menyejukkan, dan ada juga hitam kulitnya tetapi wibawa.
Jika kita lihat ulama-ulama dari afrika, subhanallah sungguhpun kulitnya tidak putih, tidak pula kuning, tetapi apabila menatap wajahnya sejuk sekali, senyumanya terlalu tulus meresap kerelung relung kalbu yang teramat dalam, sungguh seperti di siram air yang sejuk di pagi hari. Sebagai contoh kita lihah Syeikh Ahmad Yassin, pemimpin spiritual gerakan intifada, palestin. Ia tidak mempunyai daya, beliau hanya duduk di atas kerusi roda sahaja, hanya kepalanyanya sahaja yang bergerak, Tetapi saat menatap wajahnya di kaca TV atau surat khabar terpancar kesejukan yang luar biasa, padahal beliau jauh dari ketampanan wajah sebagai mana yang dianggap rupawan dalam versi manusia. tetapi, ternyata di sebalik kelumpuhannya itu beliau memendam ketenteraman batin yang begitu dahsyat, tergambar saat kita memendang sejuknya pancaran rona wajahnya.
Saudaraku, kalau hari ini Allah tentukan kita bertemu dengan struktur wajah seseorang yang mententeramkan, maka carilah puncanya kenapa dia memiliki wajah yang mententeramkan seperti itu. Tentulah kita akan menaruh hormat terhadap ia. Betapa senyumannya yang tulus , pencaran wajahnya seperti ingin sekali ia membahagiakan sesiapun yang menatapnya
Sebaliknya bagaimana jika kita menatap wajah yang bersifat berlawanan, seperti bengis, pandangan matanya tajam, senyumannya sinis, dan sifatnya pun tidak ramah. Begitulah, wajah-wajah dari saudara-saudara kita yang lain, yang belum mendapat ilmu, bengis dan sinis, da inipun kita patut pelajari.
Ambillah kelebihan dari wajah-wajah yang mententeramkan, yang menyejukan tadi menjadi sebahagian dari wajah kita, dan buang jauh-jauh raut wajah yang tidak ramah tidak mententeramkan dan yang tidak menyejukkan.
Tidak ada salahnaya jika kita mengevolusikan diri didepan cermin, Tanyalah, raut apakan yang melekat diwajah kita ini, memang ada diantara hamba-hamba Allah yang bibirnya agak besar sedikit, janganlah kita merasa malu dengan kekurangan yang di miliki, bentuk seperti inipun kurnian Allah yang patut disyukuri dan kurnian ini boleh dijadikan ladang amal bagi sesiapapun yang memilikinya untuk berusaha senyum dengan lebih ramah lagi.
Sedangkan wajah yang telah dianugerahkan senyuman itu secantik-cantiknya, maka haruslah meningkatkan lagi kualiti senyuman tersebut, iaitu untuk lebih ikhlas lagi. Kerana senyuman di wajah bukan hanya menjadi penyangkut ujung bibir sahaja, tetapi yang paling utama adalah paling tidak kita membahagiakan orang lain, paling tidak kita membuat di sekitar kita tercahaya. Nabi Muhammad S.A.W. memberi perhatian yang luar biasa kepada setiap orang yang bertemu dengan beliau sehingga orang itu merasa puas. Kenapa puas? Diriwayatkan bahawa Nabi Muhammad S.A.W.: pabila ada orang menyapanya beliau menganggap orang tersebut adalah orang yang paling utama di hadapan beliau.
Ketika Nabi SAW berbincang dengan sesiapapun, maka orang yang diajak berbincang itu senantiasa menjadi curahan perhatian. Bila cara memandang, cara bersikap ternya memberi pengaruh yang besar terhadap sikap dan perasaan orang yang di ajak berbicara.
Adapun kemuramdurjaan, kegelisahan itu muncul kerana kita belum menganggap orang yang berada di hadapan kita ialah orang yang paling utama, kadang-kadang kita melihat orang itu hanya dengan sebelah mata sahaja, berbicara dengan separuh perhatian, curahan kata-kata , curahan pandangan, cara bersikap kita akan di beri definasi oleh orang lain.
Kerana itu, marilah kita melatih diri meneliti wajah, bukan bermaksud hendak meremehkan, tetapi mengambil tauladan wajah yang baik, dan menghindari yang tidak baik, dan cari kuncinya bagaimana mendapat seperti itu, lalu praktikan dalam perilaku kita sehari-hari, selain itu belajarlah untuk mengutamakan orang lain.
Ya Allah yang maha mendengar, yang maha pelindung jauhkan kami dari sifat buruk yang membawa kepada pancaran wajah kami, Ya Rahman jadikan kami penyejuk dan membahagiakan mukmin dan mukminah di atas muka bumi mu, Ya Rahim jadikan kami seseorang yang mengutamakan seseorang yang lain agar mereka bahagia bersama kami Ya Allah......Amin.
No comments:
Post a Comment