Thursday, July 15, 2010
BILA ORANG BERBUAT SALAH
Semoga Allah S.W.T. melindungi saya yang fakir ini dan juga kalian, dari perasaan amarah yang menjadi musuh yang bernanah di dalam hati kita, semoga Allah S.W.T. memberi petunjuk kepada saya dan kalian dalam memperbaiki diri agar lebin baik daripada semalam.
Ada orang tidak sehaluan dalam menjalinkan kehidupan kekeluargaan, orang yang tidak suka berjiran, orang yang tiada nikmat dalam pekerjaan adalah orang yang hatinya sangat busuk dan tengit, ingatlah semakin hati kita penuh dengan kesombongan, semakin hati padat dengan kedengkian, dan kebencian, akan habislah semua waktu kita hanya untuk sifat ini. Sungguh sangat berbahagia orang yang hatinya bersih, lapang dan tiada masalah, kerana kenikmatan suasana hidup bergantung kepada hati, walaupun terhimpit hidupnya tidak menjadi masalah bagi orang yang berhati lapang, sebaliknya hidup di tanah yang lapang tapi jikalau hatinya terpenjara, tetap akan menjadi masalah.
Sesuatu mesti dilakukan agar seseorang merasakan bening hatinya adalah dengan menyingkap ketika orang lain berbuat salah, jiran kita berbuat salah, rakan sekerja berbuat salah, majikan kita berbuat salah ini kerana mereka bukanlah malaikat, Namun yang menjadi masalah bagaimana kita menguruskan kesalahan orang lain.
Kaedah untuk menyelesaikan masalah ini sangat mudah, kaedahnya ada pada diri kita sendiri apa yang kita ingin daripada sikap orang lain pada kita ketika kita berbuat salah? kita berharap orang lain tidak marah kepada kita, harapan kita agar orang lain memberitahu kesalahan kita dengan penuh kesantunan, kita juga tidak ingin orang lain memarahi kita atau mempermalukan kita di khalayak, walaupun hukuman yang dijatuhkan kita ingin di adili dengan penuh etika, kita juga berharap diberi peluang untuk memperbaiki diri. Jika keinginan ini ada pada diri kita, mengapa ketika orang lain berbuat salah, kita hamburkan dengan caci maki, menghina, memarahi dan juga kita selalu menzalimi.
Sahabatku, ketika orang lain berbuat salah, jika posisi kita sebagai penerima masalah, haruslah kita bersabar dengan tiga peringkat iaitu: sabar, sabar dan sabar, jika kita sebagai orang yang menerima masalah itu, walau dalam apa jua keadaan kita harus mempersiapkan diri untuk di kecewakan.
Andai kata ada orang yang melakukan kesalahan, maka haruslah kita berfikir adakah orang yang berbuat salah ini tahu yang ia telah melakukan kesalahan,kerana ada orang yang melakukan kesalahan dan dia tidak mengerti kesalahannya, kia haruslah membantu orang tersebut mengetahui jalan untuk menyelesaikan kesalahannya, membantu orang itu agar lebih bersemangat dalam memperbaiki dirinya, kaedah ini adalah lebih baik dari memaki hamun, dan memalukannya, jika yang melakukan kesalahan adalah anak-anak kita, isteri kita, dan keluarga kita, mereka itu adalah sebahagian daripada diri kita, sanggupkah kita memakinya dan tidak memberi peluang untuk mereka berubah, pimpinlah oramg yang melakukan kesalahan kerana itu akan memberi mereka kekuatan untuk melakukan perubahan.
Wahai sahabatku, jadilah seseorang yang berusaha membantu orang lain menyelesaikan masalah yang di hadapinya, membantu orang lain keluar dari masalahnya agar ia tahu cara menguruskan masalahnya, dan membantu orang ynag berbuat salah agar bersemangat dalam memperbaiki dirinya.
Jika kita melihat orang yang meninggalkan solatnya harus kita bantu agar mengingatkan bertapa pentinya solat, membantu mengajarnya cara-cara bersolat, membantunya bersolat dengan penuh istiqomah, jika rakan kita seorang penagih dadah, haruslah kita memberitahunya bahayanya dadah.Kita haruslah dalam keadaan bersedia membantu, orang yang pemikirannya selalu ingin membantu dan memperbaiki orang lain, dia tidak pernah membenci kepada sesiapa pun,Jika di banding dengan orang yang hanya menghukum dengan memaki hamun, menempelak, mencela dan menghina, orang itu adalah lubuk kesalahan-kesalahan.
Ya Rabby,jauhkan kami semua dari semua sifat menghukum, kerana itu adalah sifat bagimu Ya Rabby, Ya Rabbana, jika ada diantara kami yang melakukan kesalahan bantulah kami menyelesaikannya, kerana hanya dengan bantuanMu sahaja dapat kami memperbaiki diri, kerana tiada daya upaya kami dalam menyusuri hari-hari tanpa redo Mu Ya Allah.
Wednesday, July 14, 2010
KEIKHLASAN
Limpahan puji kehadirat Allah subhanahu wata'ala Maha Raja Alam Semesta, Masa Penguasa setiap waktu dan masa, Maha menguasai setiap kejadian, dan semua yang terjadi di alam kehidupan ini, alam yang fana dan alam yang abadi, alam yang abadi menantiku dan menanti kalian untuk mencapainya, untuk mendapatkannya, dengan seruan-seruan yang sangati sempurna, dari Maha Pembawa kemuliaan di dunia dan akhirat, utusan yang paling di cintai Allah, makhluk yang paling di cintai Allah, Cinta Nya Allah sebagai hamba dan Rasul Nya, yang terbuka dari tuntunannya segala keridhaan Ilahi, Samudera yang Allah ciptakan, menjadi samudera keridhan Allah, Sayyidina Muhammad shallallahu alaihi wasallam, Samudera cahaya kasih sayang Ilahi Sayyidina Muhammad shallallahu 'alaihi wasallam, Samudera Cinta Nya Allah Sayyidina Muhammad shallallahu 'alaihi wasallam, Yang setiap gerak geriknya adalah Ridha Allah subhanahu wata'ala
Semoga Allah S.W.T. mengurniakan kita hati yang penuh dengan keikhlasan. Kerana apapun yang kita lakukan hingga bersembur peluh, melaut keringat, habis tenaga dan terperah pemikiran, kalau tidak ikhlas melakukannya, tidak aka nada nilai di sisi Allah S.W.T. Bertempur di medan perang melawan musuh tetapi jika ingin di sebut sebagai pahlawan, ia tidak memiliki nilai sekelumit pun. Menafkahkan seluruh harta kalau hanya ingin di sebut sebagai dermawan, ia pun tidak akan memiliki nilai apapun. Melaungkan azan setiap waktu solat, tetapi azan nya bukannya ikhlas, hanya sekadar ingin mempamerkan kelunakan suara agar di puji oleh orang, maka itu hanyalah teriak-teriakan yang tiada harganya disisi Allah S.W.T.
Ikhlas, terletak pada niat hati, tersangat luar biasa sekali
pentingnya niat yang ada dalam hati, kerana niat adalah peringkat amal. Manusia-manusia
yang tidak pernah menjenguk niat yang bertapak di dalam hatinya, mereka itu
tergolong sebagai orang yang mengerjakan amal yang sia-sia, membuang waktu,
tenaga, dan harta kedaerah yang tidak di lawati oleh pahala. Keikhlasan benar-benar
amat penting dan membuat hidup ini sangat mudah, indah dan bermakna.
Ikhlas itu apa? Orang yang ikhlas orang yang tidak hanya
mementingkan kehendak peribadi imbuhan duniawi daripada apa yang ia kerjakan.
Tujuan orang yang ikhlas hanyalah satu iaitu apa yang ia lakukan di terima oleh
Allah S.W.T. Ketuka ingin bersedekah jangan alihkan pandangan kita ke kiri dan ke
kanan, tetapi fokuskan adakah wang yang di sedekahkan itu di terima oleh Allah S.W.T.
Apapun yang dilakukan pastikan tujuan kita hanya untuk
Allah, dan jadikan segala amalan kita sebagai ladang di dunia ini untuk kita
bercucuk tanam dan hasilnya di petik pada hari perhitungan kelak. Seperti kata
Imam Ali bahwa orang yang ikhlas itu hanya menumpukan pemikirannya gar setiap
amal yang di kerjakan di terima oleh Allah S.W.T. Seorang penceramah yang tulus
hatinya tidak perlu merekayasa kata-kata agar penuh pesona, tetapi
lantunan-lantunan yang berdetar di bibirnya menjadi kesukaan di sisi Allah
S.W.T. Jikalau ikhlas hanya dengan bersederhana dalam berkata-kata, pasti Allah
akan menyemainya di setiap kalbu yang tercalit oleh bait-bait sebutannya.
Apakah yang diperolehi jika seseorang hamba itu ikhlas? Seseorang
hamba yang ikhlas akn merasakan ketenteraman jiwa, ketenangan batinnya, kerana
keikhlasan yang dilakukan bukan untuk mendapat imbuhan, penghargaan dan pujian.
Kekuatan hamba-hamba yang ikhlas mempunyai kekuatan rohaniah
yang sangat menebal, ia seakan-akan menjadi satu kuasa yang melimpah ruah. Keikhlasan
hamba Allah dapat di lihat dari raut wajahnya, tutur katanya, serta gerak-geri
perlakuannya, Pasti kita akan merasa bahagia pabila bergaul dengan golongan
yang ikhlas, tidak akan curiga atau di tipu, setiap ungkapannya dan kelakuannya
tidak akan tersembunyi.
Kenikmatan bergelumang dengan golongan yang ikhlas hatinya,
setiap ungkapannya tidak bagai pisau yang menghiris hati, setiap perilakunya
bagaikan kabus dipagi hari.
Semoga Allah memberikan kepada aku dan kalian keikhlasan,
semoga Allah mengurniakan kepada aku dan kalian ketulusan. Ya Rabby ijabahkan
doa kami, agar kami pulang bertemu dengan Mu dalam keadaan diredoi……..Amin.
KEBENINGAN HATI
Limpahan puji kehadirat Allah subhanahu wata'ala Yang Maha Luhur, Yang Maha Membuka cahaya keluhuran sepanjang waktu dan zaman, Yang Maha Menerbitkan kebahagiaan dan Maha Melimpahkan anugerah sepanjang waktu dan masa. Maha suci Allah yang menciptakan hati dari segumpal darah, dan penuh dengan perasaan-perasaan.
Sungguh beruntung bagi sesiapa yang mampu menuntun qolbunya menjadi bening, jernih, bersih dan selamat, sungguh berbahagia dan beruntung bagi sesiapapun sekiranya memiliki qolbu yang terpelihara, dan dirawat dengan sebaik-baiknya. Kerana selain merasakan kelapangan, ketenangan, ketenteraman, kesejukan, dan indahnya hidup di dunia ini, pancaran kebeningan pancaran hatipun akan terpancar pula dari indahnya perilakunya.
Orang yang hatinya terjaga dengan baik, wajahnya akan jauh lebih jernih, bagai embun menggayut di hujung rerumput di pagi hari yang cerah lalu terpancar sejuknya sinar mentari pagi. Jernih, bersinar, sejuk dan menyegarkan, tidaklah rugi bagi orang yang menatap pemilik wajah seperti ini, akan merasa nikmat, dan pasti senyumannya tulus bagi membahagiakan penatapnya.
Tatkala berkata-kata, ucapannya bersih dari melukai orang lain, dan jauh dari dari menyombongkan diri, ia terpelihara daripada kata-kata riyak, setiap tutur kata yang dilantunkan daripada lisannya pasti terpelihara dengan baik, akan terasa sarat dengan hikmah, sarat dengan makna dan sarat dengan manfaat. Tutur katanya bernas dan berharga. Inilah buah-buah yang terhasil daripada gelodak keinginan di lubuk hatinya yang paling sayup untuk membahagiakan orang lain.
Orang yang bening hatinya, akal fikirannya akan jauh lebih jernih, baginya tidak ada waktu berfikir atau berbicara perkara keburukan, apalagi berfikir untuk menzalimi orang lain. Waktu baginya sangat berharga, tidak mungkin sesuatu yang berharga digunakan untuk jalan yang tidak bermanfaat, kerana setiap detik waktunya digunakan untuk menyelesaikan setiap tugas hidupnya yang dituntut oleh Allah S.W.T. Orang yang bening hatinya sebegini akan lebih mudah menerima ilmu pengetahuan yang disuapkan, memahami setiap permasalahan dan aktif melakukan pelbagai kreativiti pemikiran.
Orang yang terjaga hatinya adalah orang yang telah berhasil merintis tapak demi tapak menuju jalan-jalan kebaikan dan tidak menghiraukan ketika ia menjalin persahabatan dengan sesama manusia lain pasti menjadi kebaikan baginya dan orang lain. Hati yang bersih akan terpancar dari akhlak yang indah mempersonakan, rendah diri, dan penuh dengan kesantunan, Sesiapapun yang bertemu dengannya akan beroleh beraneka manfaat kebaikan, bahkan masa berpisah sekalipun orang ini akan menjadi buah kenangan yang tak akan dilupakan.
Kebeningan hatinya ternyata akan menjalinkan untaian-untain yang luar biasa dengan maha pencipta, dengan keyakinan yang mantap, mengingat dan menyebut maha penciptanya pada setiap detik hembusan nafasnya. Ibadahnya akan terasa lebih nikmat dan lazat, Begitu juga dengan doanya menjadi luar biasa mustajabnya, dan yang paling luar biasa saat-saat bertemu dengan Maha Kekasihnya di Akhirat kelak.
Orang yang bersih hatinya, luar biasa nikmatnya, luar bisa bahagianya, dan luar biasa mulianya, tidak hanya di dunia bahkan rentetan-rentetan turut sama di gendong ke Akhirat kelak, tidak cintakah kita kepada hati yang bersih? tidak rindukah kita mengundang cinta hati yang bersih?
Bandingkanlah dengan pemilik hati yang busuk, dan kusut, wajahnya kelihatan mencuka, nampak resah dan gelisah, lantunan-lantunan katanya bengis, kasar dan penuh dengan sindiran. Hatinya pun dikotori dengan buruk sangka, dendam kesumat dan mudah tersinggung. Kecelaruan terus menerus mengalir di hatinya dan terus menapak di hatinya, hingga sulit hendak di bersihkan, akibat daripada penyakit-penyakit inilah pemikiran menjadi sempit bahkan lebih banyak berfikir untuk melakukan kezaliman.
Orang yang busuk hatinya tidak ada waktu baginya untuk menambah ilmu, seluruh waktunya hanya di gunakan untuk memuntahkan kebencian kepada orang lain. Tidak hairanlah jika hubungan dengan Maha Pencipta menjadi keberantakan, bahkan ibadah tidak menjadi madu baginya bahkan menjadi rosak dan kering. Pasti ia jauh dari rahmat Allah S.W.T. doanya pun pasti tidak di ijabah, pelbagai masalah pasti akan menghampiri.
Ternyata kerugian dan kerugian yang diperolehi oleh orang yang berhati busuk,
Allah telah berfirman : '' sesungguhnya beruntunglah orang yang menyucikan jiwa, dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya''. ( Asy-Syam ) ayat 9-10.
Ambillah iktibar wahai saudaraku, hidup hanya sementara, siapa tahu tidak lama lagi Maha Pencipta akan mengundang kita kembali kepadanya. Marilah kita sama-sama bergabung dalam saf-saf orang yang tergolong dalam mencari keredoan memperbaiki diri, mudah mudahan kita menjadi contoh dalam menyusuri hidup yang indah dan sarat dengan kebeningan hati, Insya Allah.
Tuesday, July 13, 2010
BELAJAR DARI WAJAH
Menarik sekali jikalau kita terus menerus belajar tentang fenomena setiap apapun yang terjadi di dalam hiruk pikuk kehidupan ini. Tidak ada salahnya kalau kita buat satu target. Misalnya, hari ini kita belajar tentang wajah.wajah? ya wajah. kerana masalah wajah bukan hanya masalah bentuknya, tetapi pancaran yang yang tersembur dari si pemilik wajah tersebut.
Ketika pagi menyingsing, misalnya, tekatkan dalam diri, ''saya ingin tahu wajah yang paling mententeramkan hati itu seperti apa? wajah yang paling gelisah itu bagaimana?'' kerana pastilah hari ini kita akan banyak bertemu dengan banyak wajah, kerana setiap orang pasti mempunyai wajah, wajah isteri , wajah suami,anak, jiran-jiran, kawan-kawan sekerja, orang-orang disekeliling kita dan sebagainya, ketika kita berjumpa dengan sesiapapun hari ini, mari kita belajar ilmu tentang wajah.
Maha suci Allah yang Maha Mencipta makhluk-makhluknya, pastilah kita akan bertemu dengan beraneka macam bentuk wajah. Dan, tiap wajah ternyanta nampaknya berbeza-beza pada pandangan mata kita. Ada yang mententeramkan, ada yang menyejukkan, ada yang menggelikan, ada yang menggelisahkan, dan ada pula yang menakutkan, kenapa? apa yang menakutkan, adakah bentuk hidungnya? tentulah tidak, sebab ada yang hidungnya kemek tetapi pada pandangan ia mententeramkan, ada yang matanya sepet, tetapi menyejukkan, dan ada juga hitam kulitnya tetapi wibawa.
Jika kita lihat ulama-ulama dari afrika, subhanallah sungguhpun kulitnya tidak putih, tidak pula kuning, tetapi apabila menatap wajahnya sejuk sekali, senyumanya terlalu tulus meresap kerelung relung kalbu yang teramat dalam, sungguh seperti di siram air yang sejuk di pagi hari. Sebagai contoh kita lihah Syeikh Ahmad Yassin, pemimpin spiritual gerakan intifada, palestin. Ia tidak mempunyai daya, beliau hanya duduk di atas kerusi roda sahaja, hanya kepalanyanya sahaja yang bergerak, Tetapi saat menatap wajahnya di kaca TV atau surat khabar terpancar kesejukan yang luar biasa, padahal beliau jauh dari ketampanan wajah sebagai mana yang dianggap rupawan dalam versi manusia. tetapi, ternyata di sebalik kelumpuhannya itu beliau memendam ketenteraman batin yang begitu dahsyat, tergambar saat kita memendang sejuknya pancaran rona wajahnya.
Saudaraku, kalau hari ini Allah tentukan kita bertemu dengan struktur wajah seseorang yang mententeramkan, maka carilah puncanya kenapa dia memiliki wajah yang mententeramkan seperti itu. Tentulah kita akan menaruh hormat terhadap ia. Betapa senyumannya yang tulus , pencaran wajahnya seperti ingin sekali ia membahagiakan sesiapun yang menatapnya
Sebaliknya bagaimana jika kita menatap wajah yang bersifat berlawanan, seperti bengis, pandangan matanya tajam, senyumannya sinis, dan sifatnya pun tidak ramah. Begitulah, wajah-wajah dari saudara-saudara kita yang lain, yang belum mendapat ilmu, bengis dan sinis, da inipun kita patut pelajari.
Ambillah kelebihan dari wajah-wajah yang mententeramkan, yang menyejukan tadi menjadi sebahagian dari wajah kita, dan buang jauh-jauh raut wajah yang tidak ramah tidak mententeramkan dan yang tidak menyejukkan.
Tidak ada salahnaya jika kita mengevolusikan diri didepan cermin, Tanyalah, raut apakan yang melekat diwajah kita ini, memang ada diantara hamba-hamba Allah yang bibirnya agak besar sedikit, janganlah kita merasa malu dengan kekurangan yang di miliki, bentuk seperti inipun kurnian Allah yang patut disyukuri dan kurnian ini boleh dijadikan ladang amal bagi sesiapapun yang memilikinya untuk berusaha senyum dengan lebih ramah lagi.
Sedangkan wajah yang telah dianugerahkan senyuman itu secantik-cantiknya, maka haruslah meningkatkan lagi kualiti senyuman tersebut, iaitu untuk lebih ikhlas lagi. Kerana senyuman di wajah bukan hanya menjadi penyangkut ujung bibir sahaja, tetapi yang paling utama adalah paling tidak kita membahagiakan orang lain, paling tidak kita membuat di sekitar kita tercahaya. Nabi Muhammad S.A.W. memberi perhatian yang luar biasa kepada setiap orang yang bertemu dengan beliau sehingga orang itu merasa puas. Kenapa puas? Diriwayatkan bahawa Nabi Muhammad S.A.W.: pabila ada orang menyapanya beliau menganggap orang tersebut adalah orang yang paling utama di hadapan beliau.
Ketika Nabi SAW berbincang dengan sesiapapun, maka orang yang diajak berbincang itu senantiasa menjadi curahan perhatian. Bila cara memandang, cara bersikap ternya memberi pengaruh yang besar terhadap sikap dan perasaan orang yang di ajak berbicara.
Adapun kemuramdurjaan, kegelisahan itu muncul kerana kita belum menganggap orang yang berada di hadapan kita ialah orang yang paling utama, kadang-kadang kita melihat orang itu hanya dengan sebelah mata sahaja, berbicara dengan separuh perhatian, curahan kata-kata , curahan pandangan, cara bersikap kita akan di beri definasi oleh orang lain.
Kerana itu, marilah kita melatih diri meneliti wajah, bukan bermaksud hendak meremehkan, tetapi mengambil tauladan wajah yang baik, dan menghindari yang tidak baik, dan cari kuncinya bagaimana mendapat seperti itu, lalu praktikan dalam perilaku kita sehari-hari, selain itu belajarlah untuk mengutamakan orang lain.
Ya Allah yang maha mendengar, yang maha pelindung jauhkan kami dari sifat buruk yang membawa kepada pancaran wajah kami, Ya Rahman jadikan kami penyejuk dan membahagiakan mukmin dan mukminah di atas muka bumi mu, Ya Rahim jadikan kami seseorang yang mengutamakan seseorang yang lain agar mereka bahagia bersama kami Ya Allah......Amin.
Ketika pagi menyingsing, misalnya, tekatkan dalam diri, ''saya ingin tahu wajah yang paling mententeramkan hati itu seperti apa? wajah yang paling gelisah itu bagaimana?'' kerana pastilah hari ini kita akan banyak bertemu dengan banyak wajah, kerana setiap orang pasti mempunyai wajah, wajah isteri , wajah suami,anak, jiran-jiran, kawan-kawan sekerja, orang-orang disekeliling kita dan sebagainya, ketika kita berjumpa dengan sesiapapun hari ini, mari kita belajar ilmu tentang wajah.
Maha suci Allah yang Maha Mencipta makhluk-makhluknya, pastilah kita akan bertemu dengan beraneka macam bentuk wajah. Dan, tiap wajah ternyanta nampaknya berbeza-beza pada pandangan mata kita. Ada yang mententeramkan, ada yang menyejukkan, ada yang menggelikan, ada yang menggelisahkan, dan ada pula yang menakutkan, kenapa? apa yang menakutkan, adakah bentuk hidungnya? tentulah tidak, sebab ada yang hidungnya kemek tetapi pada pandangan ia mententeramkan, ada yang matanya sepet, tetapi menyejukkan, dan ada juga hitam kulitnya tetapi wibawa.
Jika kita lihat ulama-ulama dari afrika, subhanallah sungguhpun kulitnya tidak putih, tidak pula kuning, tetapi apabila menatap wajahnya sejuk sekali, senyumanya terlalu tulus meresap kerelung relung kalbu yang teramat dalam, sungguh seperti di siram air yang sejuk di pagi hari. Sebagai contoh kita lihah Syeikh Ahmad Yassin, pemimpin spiritual gerakan intifada, palestin. Ia tidak mempunyai daya, beliau hanya duduk di atas kerusi roda sahaja, hanya kepalanyanya sahaja yang bergerak, Tetapi saat menatap wajahnya di kaca TV atau surat khabar terpancar kesejukan yang luar biasa, padahal beliau jauh dari ketampanan wajah sebagai mana yang dianggap rupawan dalam versi manusia. tetapi, ternyata di sebalik kelumpuhannya itu beliau memendam ketenteraman batin yang begitu dahsyat, tergambar saat kita memendang sejuknya pancaran rona wajahnya.
Saudaraku, kalau hari ini Allah tentukan kita bertemu dengan struktur wajah seseorang yang mententeramkan, maka carilah puncanya kenapa dia memiliki wajah yang mententeramkan seperti itu. Tentulah kita akan menaruh hormat terhadap ia. Betapa senyumannya yang tulus , pencaran wajahnya seperti ingin sekali ia membahagiakan sesiapun yang menatapnya
Sebaliknya bagaimana jika kita menatap wajah yang bersifat berlawanan, seperti bengis, pandangan matanya tajam, senyumannya sinis, dan sifatnya pun tidak ramah. Begitulah, wajah-wajah dari saudara-saudara kita yang lain, yang belum mendapat ilmu, bengis dan sinis, da inipun kita patut pelajari.
Ambillah kelebihan dari wajah-wajah yang mententeramkan, yang menyejukan tadi menjadi sebahagian dari wajah kita, dan buang jauh-jauh raut wajah yang tidak ramah tidak mententeramkan dan yang tidak menyejukkan.
Tidak ada salahnaya jika kita mengevolusikan diri didepan cermin, Tanyalah, raut apakan yang melekat diwajah kita ini, memang ada diantara hamba-hamba Allah yang bibirnya agak besar sedikit, janganlah kita merasa malu dengan kekurangan yang di miliki, bentuk seperti inipun kurnian Allah yang patut disyukuri dan kurnian ini boleh dijadikan ladang amal bagi sesiapapun yang memilikinya untuk berusaha senyum dengan lebih ramah lagi.
Sedangkan wajah yang telah dianugerahkan senyuman itu secantik-cantiknya, maka haruslah meningkatkan lagi kualiti senyuman tersebut, iaitu untuk lebih ikhlas lagi. Kerana senyuman di wajah bukan hanya menjadi penyangkut ujung bibir sahaja, tetapi yang paling utama adalah paling tidak kita membahagiakan orang lain, paling tidak kita membuat di sekitar kita tercahaya. Nabi Muhammad S.A.W. memberi perhatian yang luar biasa kepada setiap orang yang bertemu dengan beliau sehingga orang itu merasa puas. Kenapa puas? Diriwayatkan bahawa Nabi Muhammad S.A.W.: pabila ada orang menyapanya beliau menganggap orang tersebut adalah orang yang paling utama di hadapan beliau.
Ketika Nabi SAW berbincang dengan sesiapapun, maka orang yang diajak berbincang itu senantiasa menjadi curahan perhatian. Bila cara memandang, cara bersikap ternya memberi pengaruh yang besar terhadap sikap dan perasaan orang yang di ajak berbicara.
Adapun kemuramdurjaan, kegelisahan itu muncul kerana kita belum menganggap orang yang berada di hadapan kita ialah orang yang paling utama, kadang-kadang kita melihat orang itu hanya dengan sebelah mata sahaja, berbicara dengan separuh perhatian, curahan kata-kata , curahan pandangan, cara bersikap kita akan di beri definasi oleh orang lain.
Kerana itu, marilah kita melatih diri meneliti wajah, bukan bermaksud hendak meremehkan, tetapi mengambil tauladan wajah yang baik, dan menghindari yang tidak baik, dan cari kuncinya bagaimana mendapat seperti itu, lalu praktikan dalam perilaku kita sehari-hari, selain itu belajarlah untuk mengutamakan orang lain.
Ya Allah yang maha mendengar, yang maha pelindung jauhkan kami dari sifat buruk yang membawa kepada pancaran wajah kami, Ya Rahman jadikan kami penyejuk dan membahagiakan mukmin dan mukminah di atas muka bumi mu, Ya Rahim jadikan kami seseorang yang mengutamakan seseorang yang lain agar mereka bahagia bersama kami Ya Allah......Amin.
Monday, July 12, 2010
RAWAT NAFSU AMARAH
Nafsu itu baik. Nafsu makan, nafsu syahwat itu baik, kerana setiap ciptaan Allah itu baik, cuma yang jadi tak baiknya kalau tidak dikawal dengan baik ia akan jadi celaka, bahkan mencelakakan.
Seperti anak kecil, jika di kendali dengan baik, ya.. ia akan jadi anak yang baik.
Seperti kereta, perlu kendalian yang baik, baru dapat dikawal dengan baik. Jika tidak, pasti membawa kecelakaan kepada diri bahkan mencelakakan orang lain.
Betapa ramai orang yang tidak mampu mengendali nafsu amarah, seperti seorang pekerja yang memarahi kawan-kawannya dan membawa pergaduhan mengakibatkan ia dipenjara.
Betapa ramai orang yang bertubuh besar dan kuat, berada di penjara, walaupun tubuhnya besar, kuat, namun ia itu tidak mampu mengawal marahnya.
Seorang ibu yang telah mengandungkan anaknya sehingga 9 bulan, dan melahirkan, apabila dia marah, siapa sangka kerana tidak dapat mengawal marahnya menyebabkan dia mencampak anaknya menyebabkan anaknya meninggal dan dia dipenjarakan.
Rasul pernah ditanya, "Siapakah yang paling kuat'. Rasul menjawab, "Yang paling kuat itu adalah yang mampu menahan rasa marahnya"
Ketika Nabi sedang duduk-duduk bersama seorang sahabat, ada seorang lelaki datang lalu memarahi sahabat itu, namun sahabat tersebut bersabar, maka Nabi tenang sahaja. Namun, apabila datang lagi seorang lelaki memarahinya, maka sahabat tersebut tidak dapat menahan marahnya, maka Nabi berlalu pergi. Sahabat kehairanan lalu bertanya, "Wahai Nabi, mengapa ketika saya berdiam diri, engkau tenang sahaja, sedang apabila aku marah, engkau berlalu pergi?". Nabi menjawab, " Ketika engkau berdiam diri kerana bersabar, aku melihat malaikat-malaikat mengelilingimu, lalu aku turut duduk bersamamu. Namun sebaik sahaja engkau marah, malaikat-malaikat pun pergi, lalu aku turut berlalu pergi "
Seorang ayah yang pemarah akan menyebabkan anak-anak tidak suka duduk di rumah,malah isterinya menjauhinya. Seorang isteri yang pemarah menyebabkan suaminya tidak suka pulang ke rumah, begitu juga anak-anaknya. Kerana orang yang marah itu dikuasai syaitan, maka orang tidak suka dan menjauhi orang yang dikelilingi syaitan.
Maka dengan sebab itu, nafsu perlu dikendalikan. Dan nafsu itu bermula dengan mata kerana setiap perkara itu ada permulaannya. Seperti sebuah jet, bermulanya ia bergerak dengan laju adalah dengan percikan api. Makanya, nafsu juga ada permulaanya, iaitu mata. Sebab itu dipanggil ghaddul basor (tundukkan pandangan). Mata tidak boleh dibiar meliar tanpa kawalan kerana jika tidak dikawal, ia mengerakkan syahwat.
Begitu juga telinga. Cuba sekali mendengar lagu seperti " Rindu.....". Wah, kepalanya pasti jadi pening. Maka, tukar lagu yang baik-baik seperti "Jagalah hati..jangan kau kotori". Begitu juga lisan (lidah). Seorang polis yang memanggil seorang pesalah dengan panggilan seperti " Hoi monyet!" Pasti ditumbuk kerana kesalahannya dalam berbicara.
Maka dengan itu, setiap anggota ini perlu kendalian yang baik supaya dengan mata ini, telinga ini juga lidah, bisa membawa kepada ingatan pada keagungan Tuhan.
Thursday, July 1, 2010
Maha Melihat
seiring waktu berlalu
tangis tawa di nafasku
hitam putih di hidupku
jalani takdirku
tiada satu tersembunyi
tiada satu yang terlupa
segala apa yang terjadi
Engkaulah saksinya
Kau yang Maha Melihat
Kau yang Maha Melihat
Kau yang Maha Pemaaf
PadaMu hati bertaubat
Kau yang Maha Pengasih
Kau yang Maha Penyayang
Kau yang Maha Pelindung
PadaMu semua bertekun
yang dicinta kan pergi
yang didamba kan hilang
hidup kan terus berjalan
meski penuh dengan tangisan
andai bisa ku mengulang
waktu hilang dan terbuang
andai bisa ku kembali
hapus semua pedih
andai mungkin aku bisa
kembali ulang segalanya
tapi hidup takkan bisa
meski dengan air mata
tangis tawa di nafasku
hitam putih di hidupku
jalani takdirku
tiada satu tersembunyi
tiada satu yang terlupa
segala apa yang terjadi
Engkaulah saksinya
Kau yang Maha Melihat
Kau yang Maha Melihat
Kau yang Maha Pemaaf
PadaMu hati bertaubat
Kau yang Maha Pengasih
Kau yang Maha Penyayang
Kau yang Maha Pelindung
PadaMu semua bertekun
yang dicinta kan pergi
yang didamba kan hilang
hidup kan terus berjalan
meski penuh dengan tangisan
andai bisa ku mengulang
waktu hilang dan terbuang
andai bisa ku kembali
hapus semua pedih
andai mungkin aku bisa
kembali ulang segalanya
tapi hidup takkan bisa
meski dengan air mata
MASJID MENANGIS
Limpahan puji kehadirat Allah subhanahu wata'ala Yang Maha Luhur, Yang Maha Membuka cahaya keluhuran sepanjang waktu dan zaman, Yang Maha Menerbitkan kebahagiaan dan Maha Melimpahkan anugerah sepanjang waktu dan masa, dari generasi kegenerasi kehidupan berganti, kematian berganti, kehidupan berganti kematian, Maha Ada terus ada dan melimpahkan anugerah dan tiada henti-hentinya dari zaman ke zaman melimpahkan rahmatnya dan kelembutan kepada pada hamba, dan menanti jiwa dan sanubari yang ingin mendekat kehadirat Yang Maha Dekat kepada hamba-hambanya lebih dari semua yang dekat.
”Sesungguhnya yang memakmurkan masjid Allah hanyalah orang-orang yang beriman kepada-Nya dan hari kemudian, serta (tetap) mendirikan shalat, menunaikan zakat, dan tidak takut (kepada siapa pun), kecuali kepada Allah. Maka, mudah-mudahan mereka termasuk orang-orang yang mendapat petunjuk.” (QS Attaubah [9]: 18).
Hal pertama yang dilakukan Rasulullah SAW ketika sampai di Madinah dalam rangkaian hijrahnya adalah membangun masjid. Dari sini, kita dapat mengambil pelajaran betapa pentingnya peranan masjid dalam perjuangan kaum Muslim. Masjid itulah yang mengawali perjuangan Rasulullah SAW dan para sahabat dalam menyebarkan risalah Islam.
Sayangnya sekarang ini banyak dari kita terutama para remaja yang mempunyai kewajiban memakmurkan masjid justru lebih mementingkan pekerjaan dan perbualan kosong daripada meluangkan waktu untuk berjamaah. Demi sebuah profesionalisme, kadang aqidah berada di nombor 2 , atau bahkan nombor selepas kegiatan – kegiatan lainnya.
Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal. “ (QS Al Hujuraat [49]: 13)
Memakmurkan masjid. Masjid di bangun untuk di makmurkan. Rumah Allah yang seharusnya di penuhi oleh jama’ah yang ingin dekat dengan Maha PEMILIK. Untuk menampung aktiviti umat juga menyatukannya sebagai sebuah kekuatan yang luar biasa. Seharusnya para pemuda Muslim menambatkan hatinya kepada masjid. Sebagai mujahid yang akan berada di barisan terdepan dalam membela agamanya. Generasi penerus umat yang akan menentukan masa depan sebuah bangsa dan agamanya.
Rasulullah SAW bersabda, ”Negeri yang paling dicintai Allah adalah masjid-masjidnya” (HR Muslim dari Abu Hurairah). masjid adalah tempat yang dimuliakan Allah SWT. Dari sinilah memancar kurnia dan keberkahan Allah SWT untuk orang-orang yang hatinya selalu terkait dengan-Nya. Suatu tempat yang tidak ada satu pun masjid di dalamnya akan hampa dari keberkahan-Nya. Dan, tempat yang hampa dari keberkahan-Nya akan selalu dirundung masalah demi masalah yang membuat penghuninya hidup dalam ketidaknyamanan dan ketidaktenteraman.
Bahkan ketika Allah SWT menyebutkan bahwa masjid hanya layak untuk manusia-manusia yang bertakwa, ”Masjid yang layak kalian tempati adalah yang dibangun atas landasan takwa sejak pertama kali. Di dalamnya, orang-orang suka membersihkan diri dari dosa. Allah mencintai orang-orang yang membersihkan diri mereka” (QS Attaubah [9]: 108).
Apakah kita tak ingin di sebut manusia – manusia bertakwa yang layak memakmurkan masjid ? Apakah pekerjaan dan profesionalisme jauh lebih penting dari ketakwaan kita serta penghambaan kita padaNya ? Bukankah kita ini hanya hamba ? Semangat persamaan dan keadilan tidak mungkin dapat terwujud selama kaum Muslim tidak bertemu setiap hari dalam satu shof di hadapan Allah SWT –bersama-sama berdiri dengan satu tujuan, yakni untuk menghambakan diri kepada-Nya. Jika itu bisa dilakukan setiap hari, niscaya persatuan akan terjalin. Sifat egoisme dan keangkuhan setiap individu bisa diredam dan ditaklukkan. Bukankah kita sama di hadapanNya ? Hanya ketakwaanlah yang membuat kita mulia.
Sungguh ironis bila kita mendapati masjid – masjid yang berdiri megah, di bangun dengan dana yang tidak sedikit, dengan gaya artistrukturnya yang mengagumkan namun dalam kesehariannya hanya terisi satu shof saja. Sunyi dari lantunan ayat suci yang di baca oleh jama’ah dan aktiviti ibadah lainnya.
Saya jadi teringat dengan Masjid Sultanah yang berdiri megah di Bandar Alor Setar,hampir setiap waktunya para jamaah berada di sana, masjid menjadi pusat aktivti masyarakat dan umat islam.Saya menjadi sedikit berduka tentang masjid yang berdiri di kampung-kampung, keadaannya sunyi sepi hanya pada waktu beribadah sahaja baru dihidupkan itupun hanya imam, bilal dan beberapa orang yang hatinya telah ditawan oleh perasaan cinta kepada masjid,
Sibuk sangatkah penduduk kampung sehinggakan di biarkan masjid menangis, janganlah kita alpa terhadap nikmat yang Allah S.W.T. limpahkan kepada kita sehinggakan tidak sempat untuk menjenguk masjid dan memujuknya dari esakan, jangan kerana harta, kita menjadi penghuni neraka,
Alangkah indahnya bila setiap masjid yang didirikan tidak saja di bangun untuk sebuah hiasan belaka. Alangkah berkatnya bila masjid – masjid besar dan kecil yang ada, selalu di penuhi dengan jama’ah yang melaksanakan aktivitas ibadahnya. Sungguh, mungkin negeri ini akan jauh dari bencana. Karena keberkahan yang terpancar dari ketakwaan umatnya. Seperti bentuknya, masjid harus di rawat dan dan ‘dihidupkan’ kegiatannya. Menggiatkan berbagai aktiviti keagamaan yang didasari oleh semangat penghambaan kepada Allah SWT. Menjadi tempat pembinaan umat. Yang akhirnya masjid akan memainkan fungsi nya sebagai salah satu polar kebangkitan umat.
Marilah kita mulai meramaikan dan memakmurkan masjid, tidak hanya sekadar di bulan Ramadhan dan Jumaat saja. Namun mengusahakannya di setiap waktu solat, terutama Subuh dan Isyak. Dengan begitu kita juga melatih diri untuk solat tepat waktunya, berjamaah dan mempereratkan ukhuwah dengan sesama saudara Muslim. Dalam jamaah tidak lagi ada perbezaan, tidak ada lagi pangkat dan jabatan, tidak lagi memandang kaya dan miskin., Masjid memiliki fungsi sebagai medan menegakan ukhuwah, tiada perbezaan dan mengutamakan keadilan. Allahu a’lam.
Subscribe to:
Posts (Atom)